Thanks My Followers!

Sunday 24 April 2011

Macaron....it's about love and hate relationship


 
Salam sejahtera semua, kali ini saya berkongsi resepi macaron & tips penting yang telah saya cuba dan menjadi. Tips yang akan saya kongsi adalah melalui carian di internet dan pengalaman saya dalam membuat macaron. Sememangnya membuat macaron adalah SANGAT2 mencabar dan pada peringkat awal memang memberikan hasil yang mengecewakan. Namun jangan putus asa kerana setiap kesalahan yang kita lakukan adalah pengalaman berharga untuk kita perbetulkan dalam usaha kita membuat macaron on the next trial. Mungkin ada kesalahan dalam cara saya, tetapi ini cuma sekadar apa yang mampu saya kongsi bersama kawan-kawan yang minat membuat macaron. Untuk beginner sesuai guna resepi ini kerana menghasilkan macaron dalam jumlah yang kecil…jadi tidak membazir bahan kan…So jom tengok resepi ini…

35g ……………..telur putih (biarkan 12 jam pada suhu bilik)
40g …………….serbuk badam
65g ……………..gula icing
15g ……………...gula caster
Secubit cream of tar tar (sangat penting)
Pewarna (optional)

1. Ayak gula icing dan serbuk badam bersama. Ketepikan.

2. Masukkan cream of tar tar dalam telur dan kacau sekejap dengan whisk tangan. Biarkan selama 1 minit.

3. Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.

4. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk).

5. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan.

6. Masukkan pewarna dan guna speed 1 untuk sebatikan.

7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.

8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 7-8 biji macaron.


9. Biarkan kering 40-45 mint.

10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven).  

11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada talam. Kalau tidak pecah nanti. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.

TIPS PENTING:
Macaron dan sains ibarat irama dan lagu..hehe so penting kita memahami why we add this and that…So that our rate of success will be higher in every trial!

Kestabilan telur putih

1. Elakkan semua perkakas yang get in contact with telur putih daripada ada kesan minyak.
2. Rehatkan telur putih selama 12 jam sebelum buat macaron untuk menstabilkan protein telur.
3. Masukkan cream of tar tar untuk stabilkan acidity telur putih.

Pewarna

Guna pewarna serbuk atau gel sahaja. Pewarna air tidak boleh guna kerana akan mengubah kecairan adunan macaron secara drastik.

Oven

Setiap jenis oven memberikan kawalan suhu dan masa pembakaran yang berbeza. Oleh itu penting untuk membiasakan diri mengawal oven semasa membakar macaron. Melalui pengalaman, anda akan tahu kesesuaian oven anda untuk membakar macaron.

Cuaca

Sememangnya factor kelembapan mempengaruhi macaron. Tapi jangan risau, guna kipas angin untuk keringkan macaron.

Gula icing

Yes ini sangat2 la penting. Pastikan gula cing yang anda guna kandungan tepung jagungnya tidak melebihi 5%. If not memang tidak jadi macaron tu.

Mixer

Gunakan hand mixer kerana kita dapat pukul telur putih dengan lebih gebu dan sekata.

Macaronage
Proses in memang memerlukan pengalaman dan gerak hati yg baik....Kalau kurang mengacau adunan, macaron yg dipaip tidak ada smooth surface, if terlebih kacau macaron tiada kaki atau tidak menjadi...so berhati-hati semasa mengacau... 



Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Good luck and terus berusaha!

5 comments:

  1. nk tnya....serbuk badam boleh ayak ke?sbb tgk kasar?atau perlu bland lg?

    ReplyDelete
  2. amazing tupperware:gula icing campur dgn serbuk badam.

    K@mPunG CuPC@k3s: sebenarnya ikut suka nak ayak ke tidak..if kita nak permukaan macaron smooth halus gitu, kita ayak lah...if nak macaron rasa kacang kasar2 skit bila dikunyah,tak perlu ayak..tapi x smooth lah sgt surface macaron tu... boleh blend tapi sekali je..sbb nnti minyak badam keluar and macaron mungkin x menjadi.

    ReplyDelete
  3. biasa brand icing sugar apa yg elok tu ya...

    ReplyDelete
  4. akak....kalu kita x letak pewarna ok x?t dy jadi colour apa ea?

    ReplyDelete