Thanks My Followers!

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, 24 April 2011

Macaron....it's about love and hate relationship


 
Salam sejahtera semua, kali ini saya berkongsi resepi macaron & tips penting yang telah saya cuba dan menjadi. Tips yang akan saya kongsi adalah melalui carian di internet dan pengalaman saya dalam membuat macaron. Sememangnya membuat macaron adalah SANGAT2 mencabar dan pada peringkat awal memang memberikan hasil yang mengecewakan. Namun jangan putus asa kerana setiap kesalahan yang kita lakukan adalah pengalaman berharga untuk kita perbetulkan dalam usaha kita membuat macaron on the next trial. Mungkin ada kesalahan dalam cara saya, tetapi ini cuma sekadar apa yang mampu saya kongsi bersama kawan-kawan yang minat membuat macaron. Untuk beginner sesuai guna resepi ini kerana menghasilkan macaron dalam jumlah yang kecil…jadi tidak membazir bahan kan…So jom tengok resepi ini…

35g ……………..telur putih (biarkan 12 jam pada suhu bilik)
40g …………….serbuk badam
65g ……………..gula icing
15g ……………...gula caster
Secubit cream of tar tar (sangat penting)
Pewarna (optional)

1. Ayak gula icing dan serbuk badam bersama. Ketepikan.

2. Masukkan cream of tar tar dalam telur dan kacau sekejap dengan whisk tangan. Biarkan selama 1 minit.

3. Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.

4. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk).

5. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan.

6. Masukkan pewarna dan guna speed 1 untuk sebatikan.

7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.

8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 7-8 biji macaron.


9. Biarkan kering 40-45 mint.

10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven).  

11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada talam. Kalau tidak pecah nanti. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.

TIPS PENTING:
Macaron dan sains ibarat irama dan lagu..hehe so penting kita memahami why we add this and that…So that our rate of success will be higher in every trial!

Kestabilan telur putih

1. Elakkan semua perkakas yang get in contact with telur putih daripada ada kesan minyak.
2. Rehatkan telur putih selama 12 jam sebelum buat macaron untuk menstabilkan protein telur.
3. Masukkan cream of tar tar untuk stabilkan acidity telur putih.

Pewarna

Guna pewarna serbuk atau gel sahaja. Pewarna air tidak boleh guna kerana akan mengubah kecairan adunan macaron secara drastik.

Oven

Setiap jenis oven memberikan kawalan suhu dan masa pembakaran yang berbeza. Oleh itu penting untuk membiasakan diri mengawal oven semasa membakar macaron. Melalui pengalaman, anda akan tahu kesesuaian oven anda untuk membakar macaron.

Cuaca

Sememangnya factor kelembapan mempengaruhi macaron. Tapi jangan risau, guna kipas angin untuk keringkan macaron.

Gula icing

Yes ini sangat2 la penting. Pastikan gula cing yang anda guna kandungan tepung jagungnya tidak melebihi 5%. If not memang tidak jadi macaron tu.

Mixer

Gunakan hand mixer kerana kita dapat pukul telur putih dengan lebih gebu dan sekata.

Macaronage
Proses in memang memerlukan pengalaman dan gerak hati yg baik....Kalau kurang mengacau adunan, macaron yg dipaip tidak ada smooth surface, if terlebih kacau macaron tiada kaki atau tidak menjadi...so berhati-hati semasa mengacau... 



Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Good luck and terus berusaha!

Friday, 1 April 2011

Red Velvet Cupcake

Hello semua, kali ni saya kongsikan resepi red velvet...anggaran boleh dapat 13 kek dengan berat adunan 40g setiap cup. Saya hiaskan dengan cream cheese frosting...sorry tak dapat bagi resepi frosting sebab missing in action dalam file computer ni...kek ni yang penting teknik membancuh agak cerewet...apa pun kek red velvet memang romantik... :P  

Bahan A
1 ½ sudu besar………susu tepung
100 g………………........tepung superfine
2 g…………………………baking powder
1 g………………………….garam

Bahan B
Beberapa titik pewarna merah
3 sudu besar……………serbuk koko
15 g………………………….glycerine

Bahan C
85 g…………………………mentega
4 g……………………………ovalette
95 g………………………….gula caster

Bahan D
90 g………………………….telur
½ sudu kecil……………..esen vanilla

Bahan E
¼ sudu kecil………………cuka makan
¼ sudu kecil………………baking soda

Cara2:
1. Ayak A. Ketepikan
2. Pukul C seperti berikut:
            2.1. Pukul mentega dan ovalette dengan speed rendah (1 minit)
            2.2. Masukkan gula sikit2 dan pukul dengan speed tinggi (3 minit)
            2.3. Kemudian pukul dengan speed sederhana (2 minit)
3. Masukkan D sikit2. Pukul dengan speed tinggi (2 minit)
4. Masukkan separuh daripada A(guna speed rendah mulai sekarang)
5. Campurkan B dan bahan A yang selebihnya. Pukul sampai sebati dan hentukan mixer.
6. Campurkan E dalam mangkuk yang dalam dia sebab akan berbuih banyak. Masukkan dalam adunan dan kacau dengan spatula, bukan mixer.
7. Bakar kek (180°C, 15-17mins).

p/s: minta maaf atas ralat resepi ini disebabkan masalah formatting bila copy paste..saya telah perbetulkan resepi ini.

Saturday, 26 March 2011

Triple Pleasure Cupcake



Hi semua, hari ni saya nak kongsikan resepi cupcake yang memang terasa nikmat kelazatan 3 rasa dalam 1 ngap hehe…Sebab kek ni dipanggil triple pleasure coz ada rasa custard, blueberry dan coklat….tapikan the ultimate indulgence about this cake is…the Hershey’s chocolate syrup! Adunan sirap coklat dalam kek ni memberikan rasa yang berbeza dengan kek coklat lain yang pernah saya buat. The sky is your limit, so please do drizzle some chocolate syrup on top of your cuppies just like I did.. Tapi kan jangan merungut tau sebab resepi ni panjang berjela but it’s worth the taste…at least for me.. :)So selamat mencuba….

I) Bahan untuk kek cawan coklat

180g ………………………..mentega
2 sudu teh ………………..esen vanilla
4 biji ………………………..telur
220g…………………………gula caster
250g ………………………..tepung naik sendiri (self rising flour)
50g ………………………….serbuk koko
3 sudu besar……………..susu UHT
4 sudu besar ……………..sirap coklat Hershey’s

II) Bahan untuk filling

a) Custard filling (klu tak berapa rajin, guna je instant custard powder)

3 butir …………………….kuning telur
40g …………………………gula caster
20g …………………………tepung jagung
20g …………………………tepung gandum
1 sudu besar …………….mentega
300 ml …………………….susu UHT
1 sudu teh ………………..esen vanilla

b) Blueberry filling (beli kat kedai kek je)

III) Bahan untuk frosting

1 cawan ……………………non-dairy whipping cream
½ cawan ………………….gula icing (ayak)

Cara-cara

I) Kek coklat

Ayak kesemua bahan kering. Pukul mentega, esen vanilla dan gula caster dengan mixer pada kelajuan tinggi selama 4 minit. Kemudian masukkan telur satu per satu sehingga habis pada kelajuan rendah. Dengan kelajuan sederhana, masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak berselang seli dengan memasukan susu UHT. Setelah sebati masukkan pula sirap coklat Hersey’s dan adun mesra. Masukkan adunan dalam cawan kertas dan bakar pada 175°C selama 22 minit.

II) Custard filling

Campurkan kuning telur, gula caster, tepung jagung, tepung gandum sehingga menjadi seperti paste. Didihkan susu bersama esen vanilla di atas api sederhana kecil. Masukkan susu panas ke dalam paste tadi dan kacau cepat-cepat (jangan berhenti kacau) di atas api supaya custard tidak berbiji nanti. Gunakan whisk tangan dan kacau hingga likat dan apabila muncul buih dari custard, itu petanda sudah masak dan angkat daripada dapur. Teruskan kacau untuk elak berbiji. Masukkan mentega dan gaul sebati. Apabila custard agak suam, wrap dengan cling film dan masukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk diguna untuk kek atau boleh juga makan dengan puff cream kan..yum!

III) Frosting

Pukul krim putar sehingga soft peak dan tambah gula icing (guna speed sederhana dan naikkan ke speed tinggi) hingga gebu dan menjadi stiff peak. Masukkan dalam peti ais sehingga hendak diguna.

How to assemble our delicious cuppies?

Potong bahagian atas kek cawan, letakkan custard dan blueberry  filling. Tutup kek dengan potongan yang atas dan icingkan frosting tadi. Hiaskan dengan percikan sirap coklat Hershey’s. Lepas tu siap untuk dimakan.Enjoy!

Friday, 25 March 2011

Homemade Hostess Cupcake



Salam siber kepada semua, pernah dengar tak atau makan hostess cake? Cake ni famous kat negera omputeh cam US. Saya pun tak penah makan yang original… :P so apa kata kita try buat dengan citarasa homemade…rasa dia memang sedap tapi saya tak sure lah sama ke dengan yang commercial product….just give it a try and taste for yourself…

I) Bahan untuk kek coklat

(sila ikut resepi kek coklat Triple Pleasure Cupcake)

II) Bahan untuk Marshmallow fluff

3 biji ……………………..telur putih (suhu bilik)
2 cawan …………………glucose (boleh beli di kedai kek)
½ sudu teh…………….garam
2 cawan …………………gula icing (ayak)
1 sudu besar …………..vanilla

III) Bahan untuk Chocolate ganache

½ cawan ………………...dairy whipping cream
1 sudu besar ……………glucose
1 cawan …………………..coklat cip atau coklat masak

Cara-cara

I) Sila ikut resepi kek coklat Triple Pleasure cupcake.

II) Marshmallow fluff

Campurkan telur putih, glucose, garam dalam mixer dan pukul pada speed tinggi untuk 5 minit atau sehingga pekat dan isipadu berganda. Dengan menggunakan speed low, masukkan gula icing sehingga sebati. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sedia digunakan atau boleh di simpan dalam peti sejuk selama 2 minggu.

III) Chocolate ganache

Masak dairy whipping cream bersama glucose sehingga mendidih dengan api sederhana kecil. Apabila mendidih, angkat daripada dapur, masukkan coklat chip. Kacau menggunakan whisk tangan sehingga licin dan berkilat. Ok dah ready.

How to assemble our cuppies?

Buatkan lubang pada bahagian tengah kek. Isikan dengan marshmallow fluff dan tutup kembali dengan kek bahagian atas sehingga kemas. Celupkan kek ke dalam ganache. Kemudian icingkan kek dengan marshmallow fluff seperti bentuk wayar telefon..dengan niat nak meniru rupa asal kek yang original..pastu makan!