Hello semua, kali ni saya kongsikan resepi red velvet...anggaran boleh dapat 13 kek dengan berat adunan 40g setiap cup. Saya hiaskan dengan cream cheese frosting...sorry tak dapat bagi resepi frosting sebab missing in action dalam file computer ni...kek ni yang penting teknik membancuh agak cerewet...apa pun kek red velvet memang romantik... :P
Bahan A
1 ½ sudu besar………susu tepung
100 g………………........tepung superfine
2 g…………………………baking powder
1 g………………………….garam
Bahan B
Beberapa titik pewarna merah
3 sudu besar……………serbuk koko
15 g………………………….glycerine
Bahan C
85 g…………………………mentega
4 g……………………………ovalette
95 g………………………….gula caster
Bahan D
90 g………………………….telur
½ sudu kecil……………..esen vanilla
Bahan E
¼ sudu kecil………………cuka makan
¼ sudu kecil………………baking soda
Cara2:
1. Ayak A. Ketepikan
2. Pukul C seperti berikut:
2.1. Pukul mentega dan ovalette dengan speed rendah (1 minit)
2.2. Masukkan gula sikit2 dan pukul dengan speed tinggi (3 minit)
2.3. Kemudian pukul dengan speed sederhana (2 minit)
3. Masukkan D sikit2. Pukul dengan speed tinggi (2 minit)
4. Masukkan separuh daripada A(guna speed rendah mulai sekarang)
5. Campurkan B dan bahan A yang selebihnya. Pukul sampai sebati dan hentukan mixer.
6. Campurkan E dalam mangkuk yang dalam dia sebab akan berbuih banyak. Masukkan dalam adunan dan kacau dengan spatula, bukan mixer.
7. Bakar kek (180°C, 15-17mins).
p/s: minta maaf atas ralat resepi ini disebabkan masalah formatting bila copy paste..saya telah perbetulkan resepi ini.
kek ni xda guna tepung ke?
ReplyDeletehi fina, tq for noticing it...already fixed the recipe... :)
ReplyDeleteberapa ya mentega guna untuk buat kek ni?dalam bahan C ada tulis ovalette dgn castor sugar je
ReplyDeletehi izzati, saya dh buat correction...mentega 85g..sorry ye...
ReplyDeleteyeaaay thank you.dah boleh buat esok :)
ReplyDelete